Aku pernah tengok Kak Long dan Kak Mun lukis potret artis-artis kegemaran mereka... Kak Mun jugak suka lukis character King Of Fighter masa dia tengah study lagi. Abang-abang aku yang lain pulak terror lukis komik. Abang Mie aku pulak suka lukis potret awek-awek dia (Perghh... kasanova ni!)... Sorry brother, terkantoikan pulak... Jadi, macamanelah aku tak terjebak dengan bidang seni ni? Semua isi rumah dah mempengaruhi aku... Yang aku ni pulak mase kecik-kecik dulu suka suruh Ayah lukis potret... Nampak je kertas dengan pensel, terus datang kat ayah aku suruh dia lukis... Hahaha... Budak-budak kan? Layan je la... Lagi satu, bila dah siap lukisan yang ayah aku bagi bukn nak simpan ke atau buat frame ke, tapi sepah-sepahkan pulak. Bila dah bersepah, dah hilang mintak lagi ayah aku lukis... Nasib baiklah beliau melayan je kerenah anak dia ni... (Nak disiku tak boleh, aku kecik sangat tak tau apa-apa!) hehe...
Actually aku tengah bosan ni... Bila time-time bosan gila gaban ni aku suka kemas-kemas bilik (yeke?)... Susun-susun balik barang-barang lama... Lepas tu bila tengah-tengah susun tu, mesti nak belek-belek semula benda-benda alah tu... Saje je nak menggamit memori silam... Aku memang suka 'flashback' kenangan lama yang menyeronokkan... Hehehe... Tengah-tengah sibuk mengemas, terjumpalah artwork-artwork antik milik aku yang dihasilkan beberapa tahun yang lalu...
TITLE: UBI PUNYE!
MEDIA: 2B Pencil
BACKGROUND: Lukis mase form 2 pada tahun 2003... Kenapa ade tulis 2004? Hehe... time ni sebab masukkan lukisan ni dalam file mase form 3 (tahun 2004)... Saje letak dalam file, boleh riak sikit kat bebudak yang lain... Hahah... MasyaAllah... Huhuh... Takdelah, suke je denga lukisan ni... Tapi memang ade yang jeles...hehe...
Rasanya orang-orang yang sangat mengenali aku, diorang dah tau sangat aku suka dengan UBI! Siapa Ubi? Kepada sesiapa yang tak tau Ubi ni siapa aku nak bagitau yang beliau ni bekas kartunis di Majalah Ujang sejak tahun 1995- 2002... Kini beliau merupakan kartunis yang bergerak secara solo dan berjaya memerdekakan dirinya sebagai kartunis bebas... Untuk kenal dengan lebih lanjut, bolehlah tengok-tengok website dia kat SINI >>> UBI...
Ok, mengenai lukisan ini... Lukisan ni terhasil sejak tahun 2003... Masa tu aku masih di tingkatan 2... Tengah syok layan karya ubi iaitu Aku, Dia & Volkswagen dan IN... Best sangat cerita yang dia buat... Lukisan dia pun comel dan kemas... Tu yang membuatkan aku rasa nak cuba lukis character dalam cerita-cerita dia...
Ubi ni jugak merupakan comic-artist yang sangat mempengaruhi minat aku terhadap lukisan. Kira dia ni aku punye influence la, agak-agak macam mentor la.... Kalau boleh nak jadi sehebat dia... Aku suka sangat dengan style yang dia guna...
Influence kedua aku ialah Sarah Joan Mokhtar... Beliau jugak pernah join Majalah Ujang pada tahun 90-an. Beliau ni wanita pertama yang join kat Majalah Ujang... Memang respect la, sebab dia boleh masuk dalam bidang yang didominasikan oleh kaum-kaum Adam pada ketika itu... Style dia pun sangat unik... Aku ni memang suka tengok kartun-kartun yang comel dan kemas... Geram je bile tengok!
Ok, gambar ni diconteng mase aku tingkatan 4 kalau tak silap... Ada makna disebalik lukisan ni sebenarnya... Oklah, memandangkan ini cerita lama aku bukak je lah... Ni konon cerita pasal aku dengan kawan rapat aku, budak lelaki masa sekolah menengah dulu... Kisahnya, keakraban kami membuatkan budak-budak kat sekolah aku tu salah tafsir... Diorang semua ingat aku ada affair pulak dengan mamat ni. Padahal aku takda perasaan pun kat dia, pasal dia ni ex-boyfriend kawan aku... So, aku tak berkenan walaupun ramai gila girls kat sekolah tu kata dia hensem dan ramai pulak yang minat kat dia... Mamat tu pun bagitau aku dia ada dengar pasal rumors ni... Kitorang berdua ketawa je!
Dalam pada ramai yang mengata kitorang kat belakang, ramai jugak yang 'restu' kalau kitorang betul-betul 'couple'... Hahah... Yang ni lawak! Siap nak restu, padahal aku tak suka pun mamat tu... Especially junior aku la... Diorang suka sangat dengan kitorang dua... hehe... Ntah apa-apa... Jadi, aku letaklah tajuk "Just A Friend" untuk bagitau semua yang aku ni kawan je dengan dia... Korang janganlah kelam-kabut nak menetukan jodoh aku... Hehehe..
TITLE: Syaoran & Sakura (CCS)
MEDIA: 2B Pencils & Artline Pen
BACKGROUND: Lukisan ni dilukis masa sekolah menengah, tapi tak ingat tahun bila... Aku rasa mesti sebab suka sangat tengok Cardcaptor Sakura dekat ANIMAX, lepas tu terus nak lukis diorang berdua ni... Untuk pengetahuan, lukisan ni takda reference... Main lukis ja... Bentuk muka dan yang lain-lain tu digambarkan melalui minda aku... Dah scan kot! hehe.. So, kalau tak sama tu faham-faham je la...
TITLE: Cardcaptor Sakura
MEDIA: Watercolour
BACKGROUND: Sama dengan kes lukisan diatas tadi. Kemaruk dengan CCS... hehehe... Lukisan ni pun tak ada reference... Hanya Imaginasi semata-mata...
TITLE: Edogawa Conan
MEDIA: Watercolour
BACKGROUND: Kulit buku Detektif Conan Volume 33...
Sekali lagi, kepada yang telah mengenali aku mereka akan tahu yang aku ni ialah pengumpul komik Detektif Conan... Hehehe... Suka sangat baca komik ni... Setiap buah buku tu, aku dah khatam banyak kali... Dah baca sekali, boleh ulang lagi banyak-banyak kali... Tak bosan pun! Hahaha....
Ok, itu saja untuk entry kali ini... Penat jugak nak upload artwork-artwork ni... Harap ada sesuatu yang korang dapat daripada blog ni... I'm happy to share my interests with everyone out there... Thanks for dropping by... See ya! ^^
P/S: Entry ni dah macam REFLEKSI MATA KUCING pulak, panjang lebar... hihhihi... tersilap blog kot!