Monday, November 21, 2011

Jangan berhenti berdoa


Title : Doa
Medium : Artline pen 6.0, 0.2
Background : Artwork inspired by Sarah Joan. Selepas melihat doodle yang dihasilkan, saya rasa kagum. Dan membuatkan saya nak buat sesuatu seperti yang hasilkannya. Tentu sekali tak sehebat Sarah. Tapi saya nak cuba! Doodle yang random... Cuma saya nak gambarkan dalam bentuk islamik. Watak pakai tudung sedang berdoa... Jangan berhenti berdoa, sesungguhnya Allah sayang hambanya yang sentiasa meminta pertolonganNya...

Sunday, November 20, 2011

Old Skool...


Title : Admiring My Teacher
Medium : Artline Pens 6.0, 2.0, 4.0
Background : Ini kisah mengenai zaman persekolahan saya ketika saya darjah 1. Saya sangat admire dekat guru kelas saya. Dia cantik dan memakai tudung. Satu hari saya datang ke sekolah dengan memakai tudung. Inilah kali pertama saya memakai tudung ke sekolah, semuanya disebabkan saya nak jadi seperti cikgu tu. Ketika di dalam kelas, cikgu sedang bercakap di depan. Tiba-tiba dia menyengetkan badan dan memandang saya. Saya pula nak jugak sengetkan badan tengok dia, sebab budak kat depan mengganggu pemandangan saya. Kemudian dia tersenyum dan berkata yang saya sangat comel bila pakai tudung. Budak-budak lain pun pandang saya. Lalu saya termalu sendiri! Rupa-rupanya cikgu tu perasan akan perubahan saya. Sayangnya, satu hari jelah saya pakai tudung masa darjah satu. Bila dah masuk darjah 4 barulah saya mula pakai tudung ke sekolah.

Doodles & colours


Title : Cincai 
Medium : Artline Pen 6.0, 4.0, 2.0 & Unipin 1.0
Software : Colouring in Paint Tool SAI
Background : Just a simple and boring doodle. I am kinda bored, so I took my pens and start doodling... Dah lama tak lukis-lukis... Ini untuk nak 'lembutkan' tangan semula... Practice! Practice!

Friday, November 18, 2011

Kempen Alam Sekitar..

Hai... Post kali ini agak berbeza sebab untuk pertama kalinya saya ingin pamerkan hasil kerja berbentuk 2D Animation. Sejujurnya animation saya masih diperingkat beginner, amatur... Tapi saya tetap nak teruskan belajar animation ni, lagipun animation ni kalau dah power pakai flash memang best la kan... Lagi-lagi bila kita dapat tengok lukisan kita bergerak... Teruja sangat ok! Hehehe... Suatu hari nanti saya harap saya dapat hasilkan satu animasi yang tip top! InsyaAllah...

Dengan ini saya ingin mempersembahkan sebuah animasi 30 saat...




* Kalau tak paham jalan cerita ni, tengok berulang-ulang kali sampai paham...sekian... Hahah...

P/s: Animasi ni disiapkan dalam masa 2 hari. Dimulai dengan pembangunan karektor, pengisian warna dan latar belakang seterusnya digerakkan dalam software Adobe Flash CS3.

Saturday, July 30, 2011

Monday, July 18, 2011

SBC a.k.a Semester Break Challenge!!

























Ok, Let's find out my initiative for improving my drawing and illustration skills during Semester Break! ^^

*Click the links below...

SBC_ Day #12 & 13 - My Mentor...

Hello! Hello! It is time for the last part for the segment of 'Semester Break Challenge'. Dah lama dah ada niat nak lukis mentor dua orang ni yakni pasangan lecturerku iaitu En. Izham & Pn. Irin. Nampaknya waktu cuti ini waktu yang paling sesuai sekali! Barulah boleh melukis dengan lebih tekun dan dengan penuh kasih sayang... Hehehehe...

Mereka ini lecturer yang paling rapat, best dan paling banyak buat saya terhutang budi... Antara sebab saya melanjutkan pelajaran diperingkat Degree di Unisel adalah kerana mereka! Mereka sangat supportive dan rasional. Bertuah rasanya dapat menyerap ilmu dari mereka... Love you always Pn. Irin & En. Izham! Bapakanda & Bonda ku... :)


Suka sangat gambar ni... <3

Just for both of you...


Title : En. Izham & Pn. Irin
Tools : Wacom Tablet
Software : Paint Tool SAI
Background : Alaaa... Senyuman En. Izham tak menjadi... Hihi... Tapi kira orait la tu.. Sebenarnya malas nak 'repair'... Hahaha... Pn. Irin, sesungguhnya saya sangat mengagumi cara anda pose... Terima kasih kerana membuatkan saya tercabar untuk melukis wajah anda yang sangat cantik! :)