Showing posts with label Fan Art. Show all posts
Showing posts with label Fan Art. Show all posts

Monday, July 18, 2011

SBC_ Day # 6, 7 & 8 - Tribute to Sarah Joan

SBC_ Day # 6, 7 & 8 - Tribute to Sarah Joan

Ok... Sekarang giliran Sarah Joan Mokhtar untuk dijadikan 'tribute'. Siapa Sarah Joan ni? Kepada yang belum mengenali beliau... Beliau ialah seorang pelukis komik, illustrator, muralist (Pelukis mural) dan juga seorang designer. Beliau juga pernah menjadi pelukis komik dalam Majalah Ujang. Ketika itu beliau masih belajar di peringkat sekolah menengah. Merupakan seorang pelukis wanita yang paling muda ketika itu. Saya adalah peminat setia beliau sejak membaca karya beliau di Majalah Ujang iaitu Awek Aspuri. Suka sangat tengok style lukisan dia. Beliau merupakan inpirasi saya dalam menghasilkan karya yang bermutu. Check out her website! http://sarah-joan.blogspot.com/






Comic Strip Awek Aspuri by Sarah Joan




Kerana sangat meminati hasil karya beliau yang tip-top, maka terhasillah tribute ini di dalam blog ini.


Awek Aspuri versi Kuroneko..


Title : Awek Aspuri
Tools : Wacom Bamboo Tablet
Softwares : Paint Tool SAI & PSD
Background : Lukisan berkonsepkan Chess... Konsep ini merujuk kepada salah satu episod di dalam siri Awek Aspuri iaitu episod 'Pertandingan Chess antara Aspuri vs Aspura'. Episod ini juga antara episod yang paling diingati oleh saya.



SBC_ Day #5 - Detective Conan

SBC_ Day #5 - Detective Conan



Title: Detective Conan
Tools: Wacom Bamboo Tablet
Software : Paint Tool SAI
Background : I am a huge fan of Detective Conan! This is the only comic book that I really passionate to have it as collections. Seeing is believing...




Some of my collections...


SBC_ Day #3&4 - Tribute to Kartunis Ubi (3)

Hi! Hi! Ok, for the next drawings, still in tribute to Kartunis Ubi session. These drawing is from the comic series of 'IN' illustrated by Kartunis Ubi himself & the story by Anod. They actually came out with a great story-line and of course, a great illustration. Unfortunately, I don't have the comic strip with me. So, I cannot upload it for you... Sorry! :(




This is In...



And this is Ai Nee...


Title: In & Ai Nee
Tools: Wacom Bamboo Tablet
Softwares: Paint Tool SAI
Background: Since the series was published in about 10 years back, I don't really remember the actual color scheme for the characters... So, bantai jelah!


SBC_ Day #2 - Tribute to Kartunis Ubi (2)

Hi guys, Thanks for dropping by! Let's continue my SBC review. This is my second drawing during my semester break. A tribute to Kartunis Ubi again... Hihihi... Can't stop liking his comic character! So, may I present, Ubi! Also from Aku, Dia & Volkswagen comic series.






Title: Ubi
Tools: Wacom Bamboo Tablet
Softwares: Paint Tool SAI
Background: Can I treat him as my best friend? I don't know... I like his funny, energetic and mischievous characters. He makes me laughs and sometimes he can be serious too... 









SBC_ Day #1 - Tribute to Kartunis Ubi

Hi there! This is the first drawing that I have done for my so-called 'Semester Break Challenge!!'. It is tribute to my favourite local comic artist, Raja Ahmad Khamil a.k.a Kartunis Ubi. A character from his most memorable comic series of Aku, Dia & Volkswagen, Zurina.






















Title : Kak Zurina
Tools : Wacom Bamboo Tablet
Softwares : Paint Tool SAI
Background : I chose this character because she has good personality and very inspiring. She is Cool, Firm, understanding and  matured. I was inspired by her for starting the challenge! 


Friday, July 23, 2010

Hachimitsu to Clover (Honey & Clover)



TITLE: Magazine Spread
MEDIA: Adobe Illustrator & Adobe Photoshop
BACKGROUND: This is an assignment when I was in Part 4 from Diploma level, Electronic Publication subject... Trying to improve a better design, I am not good enough doing magazine spread back then.. Hehe... 
Since I love to watch Honey & Clover, I've decided to design a magazine spread for it... Not good enough, but at least I tried... :D

Tuesday, May 25, 2010

The Good Old Days...

Hai... Macamana dengan hari-hari korang? Study ok? Kerja? kena marah dengan boss lagi ke? Atau tengah kipas-kipas boss? Hehehe... Gurau je... Ni ada something nak share dengan korang pasal minat aku pada bidang seni ni. Kalau nak tau, sejak kecil lagi aku telah dibesarkan dengan macam-macam cabang seni. Kalau tengok dari segi background, aku ni pun ada darah seni. Ayah aku pernah join Seni Lakon Pentas masa beliau muda-muda dulu. Mak pulak pandai melukis... Adik-beradik aku semua pandai melukis... 

Aku pernah tengok Kak Long dan Kak Mun lukis potret artis-artis kegemaran mereka... Kak Mun jugak suka lukis character King Of Fighter masa dia tengah study lagi. Abang-abang aku yang lain pulak terror lukis komik. Abang Mie aku pulak suka lukis potret awek-awek dia (Perghh... kasanova ni!)... Sorry brother, terkantoikan pulak... Jadi, macamanelah aku tak terjebak dengan bidang seni ni? Semua isi rumah dah mempengaruhi aku... Yang aku ni pulak mase kecik-kecik dulu suka suruh Ayah lukis potret... Nampak je kertas dengan pensel, terus datang kat ayah aku suruh dia lukis... Hahaha... Budak-budak kan? Layan je la... Lagi satu, bila dah siap lukisan yang ayah aku bagi bukn nak simpan ke atau buat frame ke, tapi sepah-sepahkan pulak. Bila dah bersepah, dah hilang mintak lagi ayah aku lukis... Nasib baiklah beliau melayan je kerenah anak dia ni... (Nak disiku tak boleh, aku kecik sangat tak tau apa-apa!) hehe...

Actually aku tengah bosan ni... Bila time-time bosan gila gaban ni aku suka kemas-kemas bilik (yeke?)... Susun-susun balik barang-barang lama... Lepas tu bila tengah-tengah susun tu, mesti nak belek-belek semula benda-benda alah tu... Saje je nak menggamit memori silam... Aku memang suka 'flashback' kenangan lama yang menyeronokkan... Hehehe... Tengah-tengah sibuk mengemas, terjumpalah artwork-artwork antik milik aku yang dihasilkan beberapa tahun yang lalu...


TITLE: UBI PUNYE!
MEDIA: 2B Pencil
BACKGROUND: Lukis mase form 2 pada tahun 2003... Kenapa ade tulis 2004? Hehe... time ni sebab masukkan lukisan ni dalam file mase form 3 (tahun 2004)... Saje letak dalam file, boleh riak sikit kat bebudak yang lain... Hahah... MasyaAllah... Huhuh... Takdelah, suke je denga lukisan ni... Tapi memang ade yang jeles...hehe...



Rasanya orang-orang yang sangat mengenali aku, diorang dah tau sangat aku suka dengan UBI! Siapa Ubi? Kepada sesiapa yang tak tau Ubi ni siapa aku nak bagitau yang beliau ni bekas kartunis di Majalah Ujang sejak tahun 1995- 2002...  Kini beliau merupakan kartunis yang bergerak secara solo dan berjaya memerdekakan dirinya sebagai kartunis bebas... Untuk kenal dengan lebih lanjut, bolehlah tengok-tengok website dia kat SINI >>> UBI...

Ok, mengenai lukisan ini... Lukisan ni terhasil sejak tahun 2003... Masa tu aku masih di tingkatan 2... Tengah syok layan karya ubi iaitu Aku, Dia & Volkswagen dan IN... Best sangat cerita yang dia buat... Lukisan dia pun comel dan kemas... Tu yang membuatkan aku rasa nak cuba lukis character dalam cerita-cerita dia... 

Ubi ni jugak merupakan comic-artist yang sangat mempengaruhi minat aku terhadap lukisan. Kira dia ni aku punye influence la, agak-agak macam mentor la.... Kalau boleh nak jadi sehebat dia... Aku suka sangat dengan style yang dia guna... 

Influence kedua aku ialah Sarah Joan Mokhtar... Beliau jugak pernah join Majalah Ujang pada tahun 90-an. Beliau ni wanita pertama yang join kat Majalah Ujang... Memang respect la, sebab dia boleh masuk dalam bidang yang  didominasikan oleh kaum-kaum Adam pada ketika itu... Style dia pun sangat unik... Aku ni memang suka tengok kartun-kartun yang comel dan kemas... Geram je bile tengok!






Ok, gambar ni diconteng mase aku tingkatan 4 kalau tak silap... Ada makna disebalik lukisan ni sebenarnya... Oklah, memandangkan ini cerita lama aku bukak je lah... Ni konon cerita pasal aku dengan kawan rapat aku, budak lelaki masa sekolah menengah dulu... Kisahnya, keakraban kami membuatkan budak-budak kat sekolah aku tu salah tafsir... Diorang semua ingat aku ada affair pulak dengan mamat ni. Padahal aku takda perasaan pun kat dia, pasal dia ni ex-boyfriend kawan aku... So, aku tak berkenan walaupun ramai gila girls kat sekolah tu kata dia hensem dan ramai pulak yang minat kat dia... Mamat tu pun bagitau aku dia ada dengar pasal rumors ni... Kitorang berdua ketawa je!

Dalam pada ramai yang mengata kitorang kat belakang, ramai jugak yang 'restu' kalau kitorang betul-betul 'couple'... Hahah... Yang ni lawak! Siap nak restu, padahal aku tak suka pun mamat tu... Especially junior aku la... Diorang suka sangat dengan kitorang dua... hehe... Ntah apa-apa... Jadi, aku letaklah tajuk "Just A Friend" untuk bagitau semua yang aku ni kawan je dengan dia... Korang janganlah kelam-kabut nak menetukan jodoh aku... Hehehe..


TITLE: Syaoran & Sakura (CCS)
MEDIA: 2B Pencils & Artline Pen
BACKGROUND: Lukisan ni dilukis masa sekolah menengah, tapi tak ingat tahun bila... Aku rasa mesti sebab suka sangat tengok Cardcaptor Sakura dekat ANIMAX, lepas tu terus nak lukis diorang berdua ni... Untuk pengetahuan, lukisan ni takda reference... Main lukis ja... Bentuk muka dan yang lain-lain tu digambarkan melalui minda aku... Dah scan kot! hehe.. So, kalau tak sama tu faham-faham je la...




TITLE: Cardcaptor Sakura
MEDIA: Watercolour
BACKGROUND: Sama dengan kes lukisan diatas tadi. Kemaruk dengan CCS... hehehe... Lukisan ni pun tak ada reference... Hanya Imaginasi semata-mata...






TITLE: Edogawa Conan
MEDIA: Watercolour
BACKGROUND: Kulit buku Detektif Conan Volume 33...





Sekali lagi, kepada yang telah mengenali aku mereka akan tahu yang aku ni ialah pengumpul komik Detektif Conan... Hehehe... Suka sangat baca komik ni... Setiap buah buku tu, aku dah khatam banyak kali... Dah baca sekali, boleh ulang lagi banyak-banyak kali... Tak bosan pun! Hahaha....


Ok, itu saja untuk entry kali ini... Penat jugak nak upload artwork-artwork ni... Harap ada sesuatu yang korang dapat daripada blog ni... I'm happy to share my interests with everyone out there... Thanks for dropping by... See ya! ^^




P/S: Entry ni dah macam REFLEKSI MATA KUCING pulak, panjang lebar... hihhihi... tersilap blog kot!