Showing posts with label drawing. Show all posts
Showing posts with label drawing. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

En. Jay


Title : Jay portrait
Media : Mechanical Pencil.
Description : Satu-satunya teman baik yang terima saya seadanya. Dan sentiasa memberi semangat dan galakan. Lukisan ini terhasil masa tengah boring-boring, takde tugasan kat opis... Hihihi... Kami berdua bertukar-tukar lukisan. Sebab masing-masing tengah boring kat dalam opis... Hahah... Cuba memenuhi masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah (Yeke?). Dah lama sangat tak melukis. Sekurang-kurangnya dapat jugak la lembutkan tangan semula. Asah balik pensel yangg dah tumpul!

Mohon Maaf Zahir & Batin... :P




Title : Salam Aidilfitri
Media : Mechanical Pencil, Photoshop, vector cilok dari tenet!
Background : E-card Hari Raya. Saya tahu dah terlambat untuk post mende ni... Hihi... My bad... Kemalasan dan ke'busy'an melanda jiwa.... Mohon maaf zahir dan batin... *wink*

Thursday, November 24, 2011

Ichi Rittoru No Namida


Title: 1 Litre Of Tears
Softwares : Paint Tool SAI & PSD
Background : I am tired of crying until I can't cry anymore... So, this is how I express my feelings... Through drawing... 

*have you noticed my new logo? yes, changing again!

Tuesday, May 25, 2010

The Good Old Days...

Hai... Macamana dengan hari-hari korang? Study ok? Kerja? kena marah dengan boss lagi ke? Atau tengah kipas-kipas boss? Hehehe... Gurau je... Ni ada something nak share dengan korang pasal minat aku pada bidang seni ni. Kalau nak tau, sejak kecil lagi aku telah dibesarkan dengan macam-macam cabang seni. Kalau tengok dari segi background, aku ni pun ada darah seni. Ayah aku pernah join Seni Lakon Pentas masa beliau muda-muda dulu. Mak pulak pandai melukis... Adik-beradik aku semua pandai melukis... 

Aku pernah tengok Kak Long dan Kak Mun lukis potret artis-artis kegemaran mereka... Kak Mun jugak suka lukis character King Of Fighter masa dia tengah study lagi. Abang-abang aku yang lain pulak terror lukis komik. Abang Mie aku pulak suka lukis potret awek-awek dia (Perghh... kasanova ni!)... Sorry brother, terkantoikan pulak... Jadi, macamanelah aku tak terjebak dengan bidang seni ni? Semua isi rumah dah mempengaruhi aku... Yang aku ni pulak mase kecik-kecik dulu suka suruh Ayah lukis potret... Nampak je kertas dengan pensel, terus datang kat ayah aku suruh dia lukis... Hahaha... Budak-budak kan? Layan je la... Lagi satu, bila dah siap lukisan yang ayah aku bagi bukn nak simpan ke atau buat frame ke, tapi sepah-sepahkan pulak. Bila dah bersepah, dah hilang mintak lagi ayah aku lukis... Nasib baiklah beliau melayan je kerenah anak dia ni... (Nak disiku tak boleh, aku kecik sangat tak tau apa-apa!) hehe...

Actually aku tengah bosan ni... Bila time-time bosan gila gaban ni aku suka kemas-kemas bilik (yeke?)... Susun-susun balik barang-barang lama... Lepas tu bila tengah-tengah susun tu, mesti nak belek-belek semula benda-benda alah tu... Saje je nak menggamit memori silam... Aku memang suka 'flashback' kenangan lama yang menyeronokkan... Hehehe... Tengah-tengah sibuk mengemas, terjumpalah artwork-artwork antik milik aku yang dihasilkan beberapa tahun yang lalu...


TITLE: UBI PUNYE!
MEDIA: 2B Pencil
BACKGROUND: Lukis mase form 2 pada tahun 2003... Kenapa ade tulis 2004? Hehe... time ni sebab masukkan lukisan ni dalam file mase form 3 (tahun 2004)... Saje letak dalam file, boleh riak sikit kat bebudak yang lain... Hahah... MasyaAllah... Huhuh... Takdelah, suke je denga lukisan ni... Tapi memang ade yang jeles...hehe...



Rasanya orang-orang yang sangat mengenali aku, diorang dah tau sangat aku suka dengan UBI! Siapa Ubi? Kepada sesiapa yang tak tau Ubi ni siapa aku nak bagitau yang beliau ni bekas kartunis di Majalah Ujang sejak tahun 1995- 2002...  Kini beliau merupakan kartunis yang bergerak secara solo dan berjaya memerdekakan dirinya sebagai kartunis bebas... Untuk kenal dengan lebih lanjut, bolehlah tengok-tengok website dia kat SINI >>> UBI...

Ok, mengenai lukisan ini... Lukisan ni terhasil sejak tahun 2003... Masa tu aku masih di tingkatan 2... Tengah syok layan karya ubi iaitu Aku, Dia & Volkswagen dan IN... Best sangat cerita yang dia buat... Lukisan dia pun comel dan kemas... Tu yang membuatkan aku rasa nak cuba lukis character dalam cerita-cerita dia... 

Ubi ni jugak merupakan comic-artist yang sangat mempengaruhi minat aku terhadap lukisan. Kira dia ni aku punye influence la, agak-agak macam mentor la.... Kalau boleh nak jadi sehebat dia... Aku suka sangat dengan style yang dia guna... 

Influence kedua aku ialah Sarah Joan Mokhtar... Beliau jugak pernah join Majalah Ujang pada tahun 90-an. Beliau ni wanita pertama yang join kat Majalah Ujang... Memang respect la, sebab dia boleh masuk dalam bidang yang  didominasikan oleh kaum-kaum Adam pada ketika itu... Style dia pun sangat unik... Aku ni memang suka tengok kartun-kartun yang comel dan kemas... Geram je bile tengok!






Ok, gambar ni diconteng mase aku tingkatan 4 kalau tak silap... Ada makna disebalik lukisan ni sebenarnya... Oklah, memandangkan ini cerita lama aku bukak je lah... Ni konon cerita pasal aku dengan kawan rapat aku, budak lelaki masa sekolah menengah dulu... Kisahnya, keakraban kami membuatkan budak-budak kat sekolah aku tu salah tafsir... Diorang semua ingat aku ada affair pulak dengan mamat ni. Padahal aku takda perasaan pun kat dia, pasal dia ni ex-boyfriend kawan aku... So, aku tak berkenan walaupun ramai gila girls kat sekolah tu kata dia hensem dan ramai pulak yang minat kat dia... Mamat tu pun bagitau aku dia ada dengar pasal rumors ni... Kitorang berdua ketawa je!

Dalam pada ramai yang mengata kitorang kat belakang, ramai jugak yang 'restu' kalau kitorang betul-betul 'couple'... Hahah... Yang ni lawak! Siap nak restu, padahal aku tak suka pun mamat tu... Especially junior aku la... Diorang suka sangat dengan kitorang dua... hehe... Ntah apa-apa... Jadi, aku letaklah tajuk "Just A Friend" untuk bagitau semua yang aku ni kawan je dengan dia... Korang janganlah kelam-kabut nak menetukan jodoh aku... Hehehe..


TITLE: Syaoran & Sakura (CCS)
MEDIA: 2B Pencils & Artline Pen
BACKGROUND: Lukisan ni dilukis masa sekolah menengah, tapi tak ingat tahun bila... Aku rasa mesti sebab suka sangat tengok Cardcaptor Sakura dekat ANIMAX, lepas tu terus nak lukis diorang berdua ni... Untuk pengetahuan, lukisan ni takda reference... Main lukis ja... Bentuk muka dan yang lain-lain tu digambarkan melalui minda aku... Dah scan kot! hehe.. So, kalau tak sama tu faham-faham je la...




TITLE: Cardcaptor Sakura
MEDIA: Watercolour
BACKGROUND: Sama dengan kes lukisan diatas tadi. Kemaruk dengan CCS... hehehe... Lukisan ni pun tak ada reference... Hanya Imaginasi semata-mata...






TITLE: Edogawa Conan
MEDIA: Watercolour
BACKGROUND: Kulit buku Detektif Conan Volume 33...





Sekali lagi, kepada yang telah mengenali aku mereka akan tahu yang aku ni ialah pengumpul komik Detektif Conan... Hehehe... Suka sangat baca komik ni... Setiap buah buku tu, aku dah khatam banyak kali... Dah baca sekali, boleh ulang lagi banyak-banyak kali... Tak bosan pun! Hahaha....


Ok, itu saja untuk entry kali ini... Penat jugak nak upload artwork-artwork ni... Harap ada sesuatu yang korang dapat daripada blog ni... I'm happy to share my interests with everyone out there... Thanks for dropping by... See ya! ^^




P/S: Entry ni dah macam REFLEKSI MATA KUCING pulak, panjang lebar... hihhihi... tersilap blog kot! 

Sunday, May 23, 2010

Drawing & Illustration

Hai2...

Ok, untuk memulakan pameran hasil kerja aku selama belajar kat unisel ni, aku nak start dengan Drawing & Illustration. Untuk pengetahuan, Drawing ni aku blaja mase semester 1 dan 2. Manakala subjek Illustration ni aku ambik mase semester 2...

TITLE: Lee Dong Wook
MEDIA: Colour Pencils
BACKGROUND: Ilham dari drama korea, My Girl... Lepas tegok cerita My Girl, terus cam jatuh cinta plak kat beliau... Tu yang lukis dia ni... hehe.... Lukisan ni sewaktu belajar Drawing

Proses pertama : Sketching... pastu ada kaler-kaler skit... Lapisan pertama menggunakan colour skin...




Ade perubahan skit dari step pertama.... dah warna bahagian rambut...



Step 3: Berikan tone pada bahagian yang kena shadow... Bahagian rambut pun ade tona warna jugak... Bagi nampak real...

Lecturer aku ajar, pakai 3 jenis warne je (Biru, Merah Kuning) untuk hasilkan shadow tu... kira kalau kat bahagian gelap tu letak la warna biru.. Kalau bahagian cerah letak warna kuning, so bagi nampak ade cahaya sikit... Merah plak boleh warna kat bahagian yang kita nak timbulkan, misalnye kat bahagian tulang pipi tu... ala, macam kita pakai blusher gak... hehehe...


TITLE: Yoon Eun Hye
MEDIA: Colour Pencils
BACKGROUND: Takde sebab-sebab yang special aku nak lukis beliau ni... Cume aku admirer dengan wajah comel dia... hehehe... Ni mase kelas Illustration...

Cubaan melukis wajah Yoon Eun Hye... Agak-agak same tak? hahaha... Still learning... Dah lame tak lukis potret...



Complete....

Tekniknye lebih kurang sama dengan lukisan Lee Dong Wook... 

Ok, ini saje yang dapat aku post buat mase ni... InsyaAllah aku akan post lagi dan nak lukis lagi potret macam ni... ^^

p/s: jangan lupe bagi komen eh... Aku masih belajar dan nak improve dari masa ke semasa... thanks for dropping by... ^^