Showing posts with label Animation. Show all posts
Showing posts with label Animation. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

TV Promo




Title : Minyak Wangi SyaSya
Media : Adobe Flash
Background : Projek TV Promo untuk memperkenalkan penjamaan semula (Rebranding) produk minyak wangi SyaSya oleh Ginvera... Sebuah projek untuk subjek Major Project 2.

Friday, December 23, 2011

Harapan Si Kecil

Hai! Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Kuroneko pasti gembira dengan kehadiran korang! :3 Hehe... Jadi, atas kegembiraan itu kami ingin menjemput anda untuk menonton animasi 2D hasil ciptaan kami buat julung-julung kalinya. Acah - Acah Production mempersembahkan.... Harapan Si Kecil...

Poster Harapan Si Kecil






TVC ini mengisahkan tentang pergolakkan di Palestin. Pada masa yang sama, terdapat suatu kisah dimana seorang kanak-kanak perempuan ingin menderma sebahagian duit tabungnya kepada sahabatnya yang kini berada di Somalia. Kanak-kanak perempuan itu ingin keluar ke pejabat pos untuk menghantar surat dan tabung itu. Tetapi diluar sedang dalam keadaan huru-hara, namun dia harungi jua dalam ketakutan. Sedang kanak-kanak itu berlari dan mengelak dari tembakan dan bom, tanpa disangka dia terkena peluru sesat dan meninggal dunia. Kanak-kanak itu sanggup menggadaikan nyawa demi orang lain, sanggupkah anda?

Pengarah : Muhammad Norihsan
Pengarah Seni : Nurfathulaini
Editor, Character Design & Animator : Nor Zamillia 
Penulis Skrip & Animator : Mashitah Othman 

Info : Animasi 2D ini telah memenangi anugerah melalui kategori 'Iklan TV Terbaik', 'Animator Terbaik', 'Penulis Lakon Layar Terbaik' dan 'Poster Terbaik' di Festival Anugerah Cinemini 2011.

Friday, November 18, 2011

Kempen Alam Sekitar..

Hai... Post kali ini agak berbeza sebab untuk pertama kalinya saya ingin pamerkan hasil kerja berbentuk 2D Animation. Sejujurnya animation saya masih diperingkat beginner, amatur... Tapi saya tetap nak teruskan belajar animation ni, lagipun animation ni kalau dah power pakai flash memang best la kan... Lagi-lagi bila kita dapat tengok lukisan kita bergerak... Teruja sangat ok! Hehehe... Suatu hari nanti saya harap saya dapat hasilkan satu animasi yang tip top! InsyaAllah...

Dengan ini saya ingin mempersembahkan sebuah animasi 30 saat...




* Kalau tak paham jalan cerita ni, tengok berulang-ulang kali sampai paham...sekian... Hahah...

P/s: Animasi ni disiapkan dalam masa 2 hari. Dimulai dengan pembangunan karektor, pengisian warna dan latar belakang seterusnya digerakkan dalam software Adobe Flash CS3.